Malam yang main larut.
Adik pun dah menyelusup masuk tidur.
Hawa dingin aircond mungkin menariknya untuk tidur dek kepanasan yang sering melanda sejak akhir-akhir ini.
Mata aku masih keras celik.
Mungkin sebab tertidur selepas solat maghrib tadi.
Aku perlu bangun untuk buat laundry, mandi dan Isyak.
Sekali, sampai sekarang mata masih segar-bugar.
Seringkali kalau aku tertanya,
Bila agaknya penantianm untuk di'hire' as chemist akan berakhir,
sumpah aku menjadi bingung.
Bingung. Terkadang terasa diri ini seperti tidak berguna.
Hanya bermalas-malasan di rumah. Tidak menyumbang apa-apa terhadap kewangan diri sendiri.
Terkadang semacam menyesali nasib yang kononnya malang.
Tiap kali aku suarakan kekecewaan aku ini kepada Encik Baba,
dengan lembut dan senyum tertampal dibibir,
dia akan berkata,
"Tunggulah. Masanya akan tiba jua. Ini semua rezeki dari Tuhan. Kakak kena ingat tuh."
Jawapan yang ringkas. Namun menusuk padu ke jantung.
Jawapan yang membawa aku meneroka kembali ke dalam hati dan diri aku.
Aku tertanya-tanya mengapa sedungu itu aku untuk lekas berasa hampa dan kecewa.
Ternyata,
Betapa lemahnya pergantunganku kepada qada dan qadar Allah. Malu!
Kalau dilihat dari sudut pandangan kehidupan seharian,
memang begitulah manusia perlu menjalani kehidupan mereka.
Usaha,usaha,usaha,dan serahkan semuanya kepada pergantungan Allah.
Janji Allah itu pasti.
Allah dah cakap dalam Quran.
"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri"
Allah tak akan memungkiri janjiNya. Pegang saja ayat ini. InsyaAllah akan datang kekuatan diri yang maha dashyat nanti.
Kalau nak dikaitkan dengan jodoh. Memang related.
Yelah. Jodoh, mati kita dah ditetapkan sejak azali lagi.
Orang cakap, jodoh kita ini seakan refleksi diri kita sendiri.
Jikalau diri kita sedang usaha keras memperbaiki diri, InsyaAllah bakal jodoh kita juga sedang berbuat perkara yang sama. Maka, berbahagia!
Sampai masa yang sesuai, bila Allah tahu kita sudah bersedia mental,fizikal,lahiriah dan zahir, Dia akan temukan jodoh kita. Tidak terawal mahupun terlambat waima satu saat sekalipun!
Maka, Berbahagia lah Wahai orang-orang yang beriman!
Berbahagialah!
Tuhanmu tidak pernah mengabaikanmu.
Malah kita yang seringkali melupakanNya.
"Maka nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan?"
Akalili Amin.