Kurung Moden

Tuesday, June 14, 2011

Day 6 : six places

1. atas bumbung bawah langit yang penuh bintang

aku selalu berharap aku boleh lepak atas bumbung bawah langit yang penuh bintang. Ye,aku mengaku aku selalu tengok orang buat macam ni dalam movie. Tapi macam best , kan? Yela.. kita ada tempat rahsia kita kalau kita nak being alone. Ada masa-masa tuh, mesti kita nak duduk sorang-sorang, kan? kan?

2.Rumah tepi sungai

Lepas aku pergi Janda Baik aritu,aku dah di 'inspired' oleh orang-orang kat sana. Yela, mostly rumah dorang tepi sungai. Sceneries tak yah cakap lah. Memang awesome! Sangat tenang. Bukak pintu je dah boleh dengar bunyi air mengalir. Memang tak stress lah! Migrain aku kompem takde terus! heh...

3. ladang bunga Lavender

hah.. NI adalah satu lagi tempat yang aku nak sangat pergi. Biasanya aku google je gambar ladang lavender ni.. Cantik sangat..penuh dengan kaler purple. Weh,boleh gila aku kalau betul-betul boleh pegi sana. Memang aku akan amik gambo banyak-banyak lah nanti.
err..ladang lavender? macam bunyi ladang lembu,kan? haha..

4. Rumah keluarga sendiri

Ni tak payah nak cakap lah sebab walau sejauh mana pon anda berada... mesti anda akan teringat jugak dekat rumah sendiri,kan? kan? yep, aku mengaku yang kalau aku pergi mana-mana pon,aku mesti akan rindu jugak rumah aku itu. Bukanlah ada bende yang best sangat pon kat rumah tuh. Tapi aku takleh tipu yang keadaan kat rumah buatkan aku tenang. Aku takkan pikir masalah aku. Dan yang paling best, kat rumah ada umi dan baba! Heh~

5. Mekah

Dalam diri setiap muslim yang sejati,mesti ade perasaan nak pergi tempat ni kan? menunaikan haji di Mekah. Tak semua orang mampu dan bagi sesiapa yang dah menjejakkan kaki ke sana haruslah bersyukur sebab diberi rezeki yang lebih. Jangan pulak dah balik dari sana, still buat perkara yang dilarang Allah. Be grateful for being chosen,people!

6. anywhere as long as dengan family

memang tiap-tiap tahun,family aku akan pergi vacation, tak kisahlah dengan family sebelah mak atau family sebelah ayah atau family kitaorang saje. tapi as long as its call family vacation, aku akan berasa sangat bahagia sepanjang vacation itu. semua tempat yang dah pergi mesti akan jadi satu memori yang aku rasa paling indah. sebab tak semua orang pergi vacation dengan family dorang tiap-tiap tahun,kan? Be grateful, lily!

p/s- vacation tahun ni maybe kat Kota Kinabalu or bandung.heh.depends kat AirAsia. :)

No comments:

Post a Comment