Kurung Moden

Tuesday, June 21, 2011

Day 7 : seven wants



1. habiskan degree dengan selamat

aku nak sangat aku habiskan degree yang membunuh ni tanpa perlu repeat mane-mane paper. So, bolehlah habis study mengikut study plan Uitm. Memandangkan aku major in Science (chemistry) priority lam hidup aku skang semestinya adalah untuk belajar,belajar dan belajar! So, kene pandai-pandai lah susun masa antara belajar, main dan berpoya-poya.

2. sambung belajar

disebabkan cita-cita nak jadi lecturer, semestinya aku kena sambung belajar. So, kena maintain lah result supaya nak dapat grant master nanti!

3. menjadi 'perempuan'

heh. pada usia skang yang dah layak masuk mengundi ni, aku sepatutnya dah perlu look and act like an adult. seyes weh. semalam masa skype dengan adik aku, dia cakap aku macam budak-budak. dia kata sepatutnya umur aku skang dah berperangai macam 'layak berkahwin'. aku macam nak sentap. tapi aku pikir balik. memang pon. aku ni macam budak-budak. tak macam perempuan yang umur 21 tahun yang lain. dorang nampak macam grace,mature,kemas and tak clumsy pon. huhu.. aku ni lain. semalam je aku dah pecahkan pinggan mak aku. dah cacat set pinggan mangkuk mak aku sebab tak cukup 1 dinner plate. muahaha.

4. umi dan baba aku dapat rasa 'duit' anak-anak.

skang ni yang dah keje hanyalah along aku seorang. tapi adik bawah aku pon dah boleh lah jugak belanja umi dan baba aku. JPA bagi elaun banyakkkk kot. cuma aku je macam loser sikit. almaklumlah. biasiswa ptptn berapa lah sangat. *biasiswa ptptn waklu!* So, kalau boleh nak lah hantar umi dan baba ke Mekah. Belikan barang-barang yang diorang nak. kan?kan?

5. jodoh yang beriman.

part ni aku malas nak ulas banyak-banyak. Tunggu je lah jodoh yang Tuhan dah tetapkan untuk kau,lily!

6. memenuhi nafsu duniawi aku.

heh. tipulah kalau dlam hati aku tak terdetik pon perasaan nak bende-bende yang duniawi. Ye, aku memang kemaruk dengan dunia per'shopping'an. aku suka shopping. aku suka beli baju. aku suka beli bag. aku suka beli novel banyak-banyak. aku nak iphone.*walaupon tepon yang aku guna skang bukanlah cikai mana pon*. aku nak dslr *walaupon satu menatang fungsi pon aku tak tau pasal dslr ni* ..whoaa.. besar tak nafsu serakah aku? heh.

7. adik beradik aku berjaya dunia akhirat.

aku nak sangat adik beradik aku ada future yang cemerlang. study bagus. dapat keje yang bagus. setakat ni yang dah lepas, along aku sorang lah. die study bagus and alhamdulillah dapat keje yang bagus jugak. just nak tunggu die dapat jodoh yang bagus je. so, aku nak bende yang sama gak untuk aku dan adik-adik aku. supaya umi dan baba aku tak payah susah-susah dah. duk rumah goyang kaki saje.

8. eternal happiness.

insyaAllah. aku mahu eternal happiness macam yang aku cakap kat ex aku mase clash dulu. awak,saya tengah kejar eternal happiness saya skang. hope awak pon akan jumpe jugak eternal happiness awak. aku mengaharap eternal happiness untuk keluarga dan kawan-kawan aku semua. amin.


No comments:

Post a Comment