Kurung Moden

Thursday, October 27, 2011

Truth Thursday #1

Salam sejahtera ke atas kamu. :)

Dalam kehidupan yang penuh dengan upside-down nih, hati dan minda selalu mengeluh kepenatan. Selalu menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Selalu  mempersoalkan dengan apa yang dah terjadi. Permainan 'whats if' selalu menjelma di fikiran. Memaksa kita untuk tidak menerima takdir yang berlaku. Otak akan berulang-ulang kali bertanya. Akan berulang-ulang kali argue dengan hati. Contohnya macam,

'Kalaulah aku stay TPM College dulu,mesti aku dah fly sekarang..'

'Kalaulah aku tak gatal mulut mintak break dulu,mesti skang kitaorang tengah bahagia..'

'Kalaulah aku tak terlepas cakap haritu,mesti dia tegur aku harini..'

Tahukah kalian? Tiap kali pertanyaan 'kalaulah..' tercetus di hati atau minda kita, syaitan akan ketawa berdekah-dekah? Gembira kerana anak adam cuba menolak takdir Allah. Bahagia kerana anak adam berani mempersoalkan ketentuan Ilahi. Tahu tak permainan "kalaulah" ini sebenarnya menggoyahkan keyakinan kita pada Tuhan? Umpama macam kita ni mempersoalkan takdir Tuhan. Ish..ish..ish..

"Barangkali kau membenci sesuatu,padahal itu adalah yang terbaik untuk mu. Aku Tuhan yang maha mengetahui sedangkan engkau tidak" -Al-Quran-

Cuba belajar untuk memandang setiap perkara yang berlaku secara positif. Percayalah, kita bukan sahaja akan buatkan diri berasa lega (jauh dari syak wasangka) malah kita akan turut menambahkan keimanan kepada Allah. Tiada yang lebih baik selain daripada menerima ketentuan Allah dengan hati terbuka.

Cubalah kita renung sebentar.

Mungkin jika si polan itu fly nanti,dia akan berubah perangai. Mungkin dia akan mula melupakan Tuhan. Maklumlah,hidup jauh dari norma-norma Islam. Hidup di negara yang jauh dari prinsip Islam.

Mungkin jika mereka tidak break,mereka akan terus hanyut dengan nafsu maksiat?Mungkin akan berlarutan perkara -perkara yang dilarang seperti berpegangan tangan antara bukan muhrim?Setelah break,mungkin mereka akan sedar kenyataan couple before married itu adalah slah di sisi ALLAH.

Sungguh, Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita. Subhanallah.

Jaga kata hati kita, Jangan sekali-sekali mempersoalkan ketentuan Allah. Kita harus menerima qada dan qadar dengan hati terbuka. Yakin dengan janji Allah. Dia takkan membebankan hambaNya dengan apa yang mereka tidak mampu. Yakinlah. Ada hikmah di setiap apa yang berlaku.






p/s- jum kita bersangka baik dengan Allah! He knows what is the best for us.


No comments:

Post a Comment