Kurung Moden

Monday, December 3, 2012

Day 9: Nine Loves


Assalamualaikum





1. Benda-benda cute.

Okay. Ini benda standard yang sentiasa jadi kegemaran perempuan.
Mana-mana perempuan pun akan suka dan senang dengan benda-benda comel.
Kalau tak suka benda-benda comel,sila tukar jantina.Eh. Tak tak!
Contohnya macam teddy bear, kucing, pink and frills.
Next!

2. Keluar dan lepak bersama besties.

Haa.
Ini penting!
Saya suka spend masa dengan kawan-kawan karib saya.
Tak kisahlah kawan baik masa sekolah ke,matriks ke,uitm ke,tpm ke..
Asalkan boleh keluar,makan,borak,ketawa dengan kawan-kawan,saya dah rasa bahagia.
Tapi saya tak keluar dengan lelaki.
Ini prinsip yang saya jaga sejak saya clash dulu :')


3. Bunga

Pada zahirnya,perwatakan saya adalah sedikit kasar.
Tapi, tak semestinya tak boleh suka bunga kan?kan?
Tapi ada saja perempuan yang tak suka bunga.
Saya suka bunga!
Cover photo di FB pun kebanyakannya gambar bunga.
Sebab saya rasa bunga itu macam sinonim dengan perempuan.
Cantik,lembut.


4. Western food

Saya rasa saya suka pasta,pizza,fish and chips,lamb chop etc etc
Saya rasa saya boleh je kalau makan western food hari-hari.
Tapi nasi tetap tak boleh tinggal lah.Eh. Haha.


5. Buku

Saya suka buku.
In fact,sejak kecil lagi memang saya hantu buku.
Masa sekolah rendah,saya dah boleh baca novel-novel remaja dan dewasa,tahu?
Dulu selalu pergi kilang DBP di Ulu Kelang sebab dulu DBP selalu buat jualan tahunan.
So,dari kecil saya dah collect books.Mostly novel lah.
Baru-baru ini pun saya ke Karnival Karangkraf dan berjaya merembat 4 buah novel :)

Minat membaca ini memang obviously diturunkan dari Baba (ayah saya).
Beliau memang hantu buku.
Motif utama datang KL every month adalah untuk beli buku kat Pustaka Hidayah (kalau tak silap lah).
Memang kat rumah ada beratus-ratus buku.

Maka, mana lagi nak tumpah kuah kalau tidak ke nasinya?


6. Saya suka shopping

Oh ini juga adalah sikap perempuan sejati.
Heh.
Saya memang excited kalau ada plan untuk ke shopping mall.
Tak kisahlah untuk window shopping atau shopping.
Rasa macam bertenaga saja.
Rasa bahagia.
Normalkah?


7. Saya suka cuaca mendung

Bila mendung,saya akan rasa tenang.
Rasa bahagia.
Kalau tengah serabut pun, automatik akan rasa relax.
Entahlah.


8. Taylor Swift

Err.
Ini saya rasa ada pengaruh orang lain juga ni.
Tapi entahlah.
Mungkin saya rasa bahagia sebab 'kami' ada persamaan di sini :)


9. Spend time with family.

Tak kisahlah kalau hanya ada kat rumah,
as long as ada family together, saya dah bahagia.



Love,
Lily Akalily







No comments:

Post a Comment