Kurung Moden

Monday, December 3, 2012

Masa untuk berubah :)

Assalamualaikum.
Lama rasanya tak bercakap kat sini.

Semalam kawan sekelas saya text saya.
Dia cakap mahu berubah.
Berubah ke arah kebaikan. Happy!
Sebab dia cari saya pada saat-saat dia tengah serabut.
Happy sebab itu maknanya ada orang yang 'yakin' dengan saya.
Hopefully saya dah memberi dia beberapa ayat yang mampu buatkan dia tenang malam tadi.





Pic: Waktu kelas apa entah. First time pakai TOMS pergi kelas. Gasak je walaupun color tak masuk dengan baju. 
Source: FB sendiri :)


 Kalaulah Allah dah datangkan niat untuk berubah tuh, kita kena ambil serius.
Sebab, nanti kalau Allah merajuk taknak bagi dah 'niat' tuh macam mana?
Haa.
Jadi,kalau dah terdetik dalam hati rasa nak berubah, kita kena cepat-cepat buat kaji selidik dengan diri kita.
Cek betul ke diri kita dah sedia nak berubah.
Sebab perubahan itu memang memerlukan sejuta pengorbanan.

Mungkin ada orang yang takkan suka dengan perubahan kita.
Mungkin akan ada orang yang akan memperlekehkan perubahan kita.


" Seseorang itu tidak dianggap beriman sekiranya dirinya belum diuji"





Tak kisahlah kalau perubahan yang kita nak buat itu hanyalah setitik saja.
Tak apa.
Pelan-pelan.
Biar merangkak dulu.
Nanti InshaAllah kita akan berlari.
Berlari bersama menujuNya. Amin :)

Tadi kat kelas,
kawan saya itu dah mula pakai tudung.
This is her first day.
Saya rasa gembira sangat. Sangat gembira :)
Betullah orang cakap, Hidayah Allah itu tak boleh dijangka bagaimana dia datang dan bila dia akan datang.
Ini hari dia,esok lusa mungkin hari untuk kita pula. Be faithful darlings!

Assalamualaikum.
Lily Akalily.


No comments:

Post a Comment