Kurung Moden

Sunday, May 8, 2011

selamat hari Ibu,Puan Khazaimah!

rasa macam baru semalam je Umi tengah betul-betulkan tudung nak pegi sekolah....

rasa macam semalam je bile balik je dari sekolah pagi,rasa malas nak pegi sekolah agama dan Umi bagi je saya ponteng..

rasa macam semalam je Umi tersenyum bila saya bagitahu saya boleh lompat kelas masa darjah 3 terus ke darjah 5..

rasa macam semalam je saya call Umi dari sekolah cakap saya dapat 5A UPSR..saya dengar Umi macam nangis.

rasa macam semalam je Umi dan saya berlinang air mata masa hantar saya di MRSM masa tingkatan 1..

rasa macam semalam je Umi call hari-hari masa nak PMR..

rasa macam semalam je Umi ajak baba melawat hujung minggu kat MRSM ni..masa dekat-dekat dengan SPM lagi laa..

rasa macam semalam je saya menangis dengan result SPM saya dan Umi hanya tersenyum dan memeluk saya.. :')

rasa macam semalam je Umi menangis masa saya dapat tawaran ke California...

rasa macam semalam je Umi tersenyum bile saya menangis MARA terminate programme ke California tuh..saya tau..Umi tak sedih pon saya tak dapat fly sebab Umi taknak saya pergi jauh,kan?Umi cakap,universiti kat Malaysia ni pun tiada kurangnya..

rasa macam semalam je Umi bagi nasihat pasal calon suami..haha..part ni memang kelakar okeh!

.................................................................

sekarang..

bila saya sedar tangan Umi dah berkedut...

kat muka Umi dah ade garis-garis halus..

rambut Umi dah banyak yang beruban..

malam-malam Umi selalu mengadu sakit pinggang..

saya tersedar yang saya masih belum lakukan apa-apa untuk Umi..

saya tak buat apa-apa pon yang boleh membalas jasa Umi..


Umi,
kakak nak ucapkan selamat hari Ibu.Maafkan semua salah dan silap kakak.Kakak tahu kakak ni degil.Kakak selalu tak tolong Umi kat dapur.Terima kasih sebab jadi Umi yang terbaik untuk kakak,along,alang dan adik.Kakak tahu kakak,baba,along,alang and adik selalu menyusahkan Umi.Tiada perkataan yang dapat menggambarkan sayangnya kakak kat Umi.. :')



Ya Allah,
ampunkanlah dosa kedua Ibu dan ayahku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil.
Janganlah Kau ambil ibu dan ayahku sebelum kami adik-beradik membalas jasa mereka.
Amin.


I LOVE YOU,UMI!


No comments:

Post a Comment