Kurung Moden

Tuesday, March 29, 2011

Kesalahan teknik berdating!


Hari ni aku nak cakap pasal cinta.heh.bukan cerita cinta aku sebab aku takde cinta.sobs...

Nak cakap beberapa perkara yang lelaki tak patut buat bila keluar dating..(berdasarkan pemerhatian aku la..)

...........................................................................

1. Perempuan ni sangatlah susah nak tunjuk perasaan sebenar kat seseorang. Let say,dia ada minat kat somebody,dia memang akan in love betul-betul dengan that guy.Even that guy buat something kecil like senyum sesaat,dah boleh buat perempuan itu senyum sehari tau!But, menjadi couple tak semestinya anda dah diberi kelonggaran untuk pegang tangan or muka or pipi sesuke hati! Hah, yang ni memang aku agak tak suke.Tak semua perempuan ketandusan belaian kasih sayang okeh! But if your girl tak kisah,lantakla korang.heh,murah sungguh!

2. Next is penampilan.Bukanlah mengharap korang berpenampilan macam model ke hape..tapi at least bila keluar makan sekali-sekala tuh janganlah tibai pakai selipar jepun saje! Selipar jepun pure lak tuh..alaa..yang ade bintik-bintik timbul atas permukaan selipar tuh.kot ye pon pakailah selipar jepun yang flip-flop comey-comey skit.bukannya apa,kalau da jalan-jalan kat shopping mall dengan selipar jepun pegi toilet kaler oren,memang boleh wat panasss hati jer..nak-nak bila kita dah dress up gile-gile dengan selendang lilit-lilit..rase nak heret keluar je! Dah demand nak makwe yang cantik,awak pon kenalah jaga penampilan awak jugak,cik abang oi!

3. Hah! Bila cakap pasal cantik,semua orang suka benda cantik.Kalau dah tau diri tuh takla seberapa hensem,takyah lah nak demand girlfriend bak Juliana Evans.(statement leh kene kutuk ngan orang ni,lily!heh).Perempuan sangatlah sukakan pujian.Apa salahnya kalau jumpa sekali sekala tuh pujilah sikit.

‘Eh,I tak perasanlah tadi lam kete..cantiknya U pakai baju camni..’

Takpun..

‘Selipar yang u pakai tuh cute la..’

Ni tak..direct je tegur,

‘Ni apsal nak mekap-mekap ni?dah macam hantu cina da..’

Mau terjun bunuh diri camtuh..Tak boleh ke cakap elok-elok?kalu tak suka sangat makwe ko bermekap,tapislah skit ayat tuh..kitaroang sensitip tau!

“U nampak lainlah pakai mekap..tapi i lagi suke kalau u xpakai makep.muka natural U lagi comel laa..”

4. Sometimes,guys ni tak berapa nak alert dengan perempuan.If korang da offer nak belikan something,contohnya baju,and makwe korang tolak,tak bermakna dia betul-betul tolak.Dia berharap korang akan paksa gak korang pilih mane baju yang dia berkenan dan korang bayar.Heh,sape yang tak suka dapat barang free?So,if kitorang cam tolak if korang nak belanja something,silalah offer lagi sebab kitorang memang tunggu korang offer lagi sekali.Kajian mengatakan,perempuan akan menerima setelah dioffer sebanyak 3 kali.Heh..betol tak perempuan-perempuan sekalian?

5. Dan sedarlah lelaki sekalian...perempuan itu akan tersentuh bila anda tak malu untuk berjalan dengannya dan mengaku yang dia adalah teman istimewa anda.Tak kiralah perempuan itu kurus melidi,hidung kemek,jalan kengkang,muka berjerawat,gemok,tembam,tak cantik,tapi mereka akan sangat menghargai jika anda tanpa segan silu memberitahu seluruh dunia yang dia adalah teman istimewa anda!

..............................................................................

Senang kan nak amik hati perempuan?dan wahai kaumku,jangan jadikan kapel sebagai tiket untuk anda sesuka hati buat apa-apa dengan pasangan anda.Ingat,kalau dia awal-awal dah nak pegang-pegang,that’s sign yang ALLAH hantar bahawa si dia bukanlah yang terbaik untuk anda.Seseorang yang menyayangi anda setulus hati,akan sentiasa menjaga anda.dia takkan senang-senang nak pegang anda.You deserve someone better!

Perempuan ni macam coklat Ferrero Rocher..perempuan yang pandai menjaga kehormatan dirinya ibarat Ferraro Rocher yang masih belum dibuka pembalutnya,biar jatuh atas lantai pon,akan ada yang akan mengutip anda..tapi jika yang sudah dibuka pembalutnya,jika jatuh dilantai,memang tiada yang akan mengutip anda..malah mungkin akan dipijak!

Come hell or high water,ALLAH is just enough for me!




2 comments:

  1. ferrero roche kalo jatuh pon aku makan gak..huhu..mahal2..rugi tak makan...korang pun mesti suka yang ni http://noruleminthutch89.blogspot.com/2011/01/apa-nak-buat-jika-teman-lelaki-anda.html

    ReplyDelete
  2. gila..kalu da cair atas lantai tuh,ko nk mkn gak ke?haha..

    ReplyDelete